TEKNOLOGI KOMUNIKASI, PERKEMBANGAN DAN PENGARUH TERHADAP REVOLUSI MASYARAKAT

Anthony Giddens pernah menyatakan bahawa perkaitan atau hubungan antara modenisasi dan teknologi sememangnya mempunyai ikatan perkatan yang sangat rapat dan kedua- dua mekanisme ini sememangnya mempunyai kebergantungan diantara satu sama lain (Giddens 2001).

Membuka ruang mengenai sejarah awal dari perkembangan teknologi yang mungkin boleh dikategorikan di sini ianya bermula apabila masyarakat mula melaksanakan transformasi dari masyarakat pertanian kepada masyarakat industri (Max Waber,1922) atau dikenali sebagai revolusi perindustrian. Apabila berlakunya revolusi dalam masyarakat dari aspek perindustrian, pola perkembangan modenisasi manusia berkembang terutama dalam aspek ekonomi baru. Tetapi di sini juga timbul persoalan adakah apabila timbulnya revolusi industri, hanya aspek ekonomi baru menjadi sandaran utama terhadap perkembangan ini?

Apabila meninjau kembali terhadap sandaran utama terhadap perkembangan teknologi, hakikat yang sebenarnya, teknologi dan komunikasi baru yang mempunyai perkaitan dan sandaran yang ampuh untuk melancarkan aspek pembangunan ekonomi baru dalam masyarakat itu sendiri dari sudut perubahan dalam sistem pola masyarakat tu sendiri.

Model Dan Teori Teknologi Komunikasi

Dalam memperkatakan tentang teknologi komunikasi, manusia sering dilemparkan dengan konsep perubahan organisasi kerana perkembangan komunikasi baru turut merubah corak operasi sesuatu organisasi (sama ada secara makro atau mikro dalam masyarakat). Berhubung dengan itu, penjelasan mengenai peubahan dan apakah model serta teori baru dalam teknologi komunikasi perlu dibincangkan.

Mengenai konteks perubahan kita perlu tahu beberapa sutuasi atau keadaan yang dapat menggambarkan perubahan telah berlaku. Pertama, tahu di mana letaknya kuasa yang dapat menolak dan menggerak perubahan iaitu siapakah golongan atau mekanisme yang menjadi kuasa autoriti dalam melaksanakan sesuatu perubahan

. Kedua, dalam mencapai sesuatu hala tuju atau tujuan dalam melaksanakan perubahan, perlaksanaan mengimbas kembali, mengingati dan menggulangi proses perubahan dari masa kesemasa adalah sangat diperlukan. Ketiga, memerlukan proses pemudahan bertindak dan perubahan daripada luar organisasi. Keeempat, keadaan perubahan ianya bergantung dari aspek dalaman manusia iaitu dari sudut psikologi dengan mengikut tindak balas naluri hati dan perasaan manusia itu sendiri untuk melaksanakan perubahan.

Kelima, perubahan permulaan iaitu mekanisme induk dalam satu bahagian memberikan kesan alunan (ripple effect) kepada unit- unit lain dalam organisasi atau lebih mudah perubahan terhadap satu sistem yang berautoriti akan memberi kesan terhadap unit- unit yang berkaitan dengannya.

Ironinya, setiap organisasi akan menimbangkan perubahan supaya lebih efisyen dan berkesan daripada yang pernah di alami dalam sejarahnya sebelum ini dengan mengambil kira beberapa faktor yang boleh mempengaruhi. Pertama, untuk mengurangkan kos operasi organisasi, disamping mementingkan survival dan dinamisme, mekanisme dalam organisasi perlu melakukan gerak kerja yang efiksyen, meletakkan faktor kualiti sebagai perkara utama dan melaksanakan sistem pengurusan dengan fleksibel dan inovatif.

Kedua, bagi sesuatu organisasi yang mempunyai badan atau jabatan yang menguruskan perihal program latihan, pembangunan dan pengurusan perlu melakukan transformasi yang berterusan dari sudut amalan organisasi mahupun dalam pemikiran pengurusan yang dirasakan bersesuaian dengan situasi perubahan tersebut. Ketiga dalam aspek peneraju dalam sesebuah organisasi atau dikenali sebagai ketua organisasi seharusnya mempunyai hala tuju yang terancangan secara strategik supaya lebih maju kehadapan dalam melaksanakan perubahan. Keempat, sebagai seorang peneraju dalam sistem perubahan juga perlu ada penumpuan terhadap penyesuaian organisasi terhadap faktor- faktor yang tidak dapat diramal pada masa hadapan dengan memberi kepentingan terhadap isu perubahan persekitaran dari masa kesemasa.

Apabila memberikan penghujahan terhadap teknologi komunikasi baru, isu yang berkaitan dengan implikasi atau kesan terhadap perubahan juga sering diberikan perhatian. Ini kerana secara rasionalnya, setiap perubahan sering memberikan implikasi yang positif mahupun disebaliknya. Untuk membentangkan tentang implikasi teknologi komunikasi, kita cuba melihat dari bidang atau sektor pekerjaan. Pertama, implikasi yang begitu ketara sekali ialah berkaitan dengan penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan. Kedua, Hasil daripada penggunaan teknologi baru juga sememangnya mampu menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian. Ketiga, dalam menyusun pembentukan kognitif pekerja, teknologi baru sememangnya mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya. Keempat, kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

Dalam teori yang Keterhampiran Elektronik (Korzenny 1978;1981) telah memberi gambaran terhadap keterhampiran media elektronik termasuklah media teknologi baru dan komunikasi baru seperti komputer dengan hubungan seseorang dari segi fizikal, masa dan jarak. Ia menerangkan bagaimana manusia dapat berkomunikasi tanpa ada halangan atau batasan untuk berkomunikasi dengan mengguna pakai simbol- simbol yang terpapar pada alat teknologi ini untuk berurusan dengan mudah. Begitu juga dengan jarak, seperti penggunaan telefon bimbit pada hari ini, manusia mampu untuk berkomunikasi walaupun dalam keadaan jarak yang jauh. Keadaan kecanggihan teknologi juga tidak mengatasi fizikal untuk berhubung.

Justifikasi, dari membicarakan soal teknologi komunikasi dan hubungannya dengan sistem masyarakat selepas industri begitu terikat diantara satu sama lain

About these ads

~ oleh voice18 di Ogos 1, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: