Dasar Pandang Ke India

•September 14, 2008 • Tinggalkan Komen

Apabila disebut mengenai dunia ketiga apakah yang terbayang di kotak fikiran manusia. Adakah negara yang miskin, mundur, sedang menbangun ataupun sebaliknya. Walaubagaimanapun adakah kita sedar atau tahu bahawa negara Dunia ketiga juga banyak melahirkan pakar dalam pelbagai bidang. Contohnya, di India terdapat beberapa orang yang termashyur dengan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing. Antara inovasi yang lahir di negara India adalah seperti ” Prithvi”, ” Sagarika”, ” Dhanish”, “Agri”, Surya”, dan terbarunya ialah “Brahmos II”. Ia adalah gabungan dengan tenaga pakar dari Rusia. Kesemua nama-nama tersebut adalah peluru berpandu yang telah dicipta oleh anak watan India yang kini semakin ” memeluhkan” negara-negara dunia kuasa yang lain khasnya negara Amerika Syarikat yang terkenal dengan setiap inovasi hasil daripada kepakaran masyarakatnya yang maju dalam mengemblengkan idea dan tenaga.

            India kini sudah jauh mengorak langkah ke hadapan dalam pembangunan teknologi maklumat khususnya. Disini terdapat contoh yang dapat membuktikan bahawa India kini sudah maju iaitu seorang budak perempuan berumur 8 tahun yang bernama Sreelakshmi Suresh yang telah dianugerahkan “International Awards of Best Web Designing and presentation”. Kanak-kanak pintar ini telah ditabalkan sebagai “pereka laman web termuda” di dunia dan telah mengondol 18 anugerah lain yang diiktiraf di serata dunia melalui hasil rekaannya.

Selain itu, India kini semakin disegani kerana berjaya mencetus kontroversi dalam persaingan merebut tempat dalam membida projek-projek perisian, laman web syarikat, rekagrafik dan pelbagai “kerja maya”.Perkara ini dianggap sebagai salah satu kontroversi kerana persaingan itu boleh dikatakan sangat sukar bagi negara lain untuk mencabar India dan telah ia telah menutup “periuk nasi” sebahagian besar pencabar di barat dan negara lain. Hal in juga disebabkan India menawarkan harga projek yang rendah sedangkan hasil dari segi kualiti kerjanya sangat mengagumkan serta menakjubkan. 

            Disebalik kejayaan India yang semakin dijulang di mata dunia, terdapat beberapa strategi yang telah mejadi pendorong kejayaan negara India iaitu:

  • Strategi 1

Terdapat pendedahan awal yang telah diberikan kepada rakyat India telah berjaya diserap dalam kalangan kanak-kanak seawal 6 dan 7 tahun. Anak-anak sekecil itu, telah diberi pembelajaran tentang asas-asas perkomputeran dengan bahasa inggeris.

  • Strategi 2

Mereka mempunyai satu teknik kerja berpasukan yang unik. Ini didorong faktor kehidupan yang telah memaksa mereka saling bersaing antara satu sama lain dalam bidang teknologi. Pelajar-pelajar IT yang cemerlang akan “dipinang” oleh syarikat luar negara dan tidak ramai yang mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka. Oleh kerana kadar pengganguran di India sangat tinggi, ia telah memaksa mereka untuk berdikari. Graduan ini akan dihimpunkan dan akan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu. Setiap kumpulan dikumpulkan dalam kumpulan yang berbeza mengikut kekuatan dan kepakaran mereka. Mereka akan menghasilkan kerja dengan kadar bayaran serendah USD3. Namun, ia tidak menjadi rungutan kerana apa yang penting adalah untuk membawa nama syarikat yang ditubuhkan oleh mereka bersama-sama untuk dipromosikan.

  • Startegi 3

Eksploitasi matawang Amerika dan India yang sangat lumayan.Apa yang dapat dilihat disini, keuntungan bukanlah fokus utama bagi mereka tetapi cukup sekadar sesuap nasi ahli keluarga dan dapat membangunkan syarikat usahasama.

Hasil daripada perbincangan ini terdapat beberapa moral yang boleh dipraktikkan dinegara kita sendiri sebagai salah sebuah negara dunia ketiga iaitu:

  • Kerja berpasukan ibarat kumpulan tentera di medan perang.
  • Putarkan masalah kepada “wang”.
  • Jangan toleh kepada kesusahan atau kepayahan di belakang tetapi kita perlulah pandang kedepan pada peluang dan harapan.

Disediakan oleh:

Roazlinda & Siti Nurul Hajar

Kepentingan satelit

•September 23, 2008 • Tinggalkan Komen

Terdapat beberapa jenis satelit :

1.      Satelit komunikasi adalah sebuah satelit buatan yang ditempatkan di angkasa dengan     tujuan telekomunikasi. Satelit komunikasi modern menggunakan orbit geosynchronous, orbit Molniya atau orbit Bumi rendah.

2.      Untuk pelayanan tetap, satelit komunikasi menyediakan sebuah teknologi tambahan bagi kabel komunikasi kapal selam optik fiber. Untuk aplikasi bergerak, seperti komunikasi ke kapal laut dan pesawat terbang, di mana aplikasi teknologi lain, seperti kabel, tidak praktis atau tidak mungkin.

3.      Satelit astronomi adalah satelit yang digunakan untuk mengamati planet, galaksi, dan objek angkasa lainnya yang jauh.

4.      Satelit komunikasi adalah satelit buatan yang dipasang di angkasa dengan tujuan telekomunikasi menggunakan radio pada frekuensi gelombang mikro. Kebanyakan satelit komunikasi menggunakan orbit geosinkron atau orbit geostasioner, meskipun beberapa tipe terbaru menggunakan satelit pengorbit Bumi rendah.

5.      Satelit pengamat Bumi adalah satelit yang dirancang khusus untuk mengamati Bumi dari orbit, seperti satelit reconnaissance tetapi ditujukan untuk penggunaan non-militer seperti pengamatan lingkungan, meteorologi, pembuatan peta, dll.

6.      Satelit navigasi adalah satelit yang menggunakan sinyal radio yang disalurkan ke penerima di permukaan tanah untuk menentukan lokasi sebuah titik dipermukaan bumi. Salah satu satelit navigasi yang sangat populer adalah GPS milik Amerika Serikat selain itu ada juga Glonass milik Rusia. Bila pandangan antara satelit dan penerima di tanah tidak ada gangguan, maka dengan sebuah alat penerima sinyal satelit (penerima GPS), bisa diperoleh data posisi di suatu tempat dengan ketelitian beberapa meter dalam waktu nyata.

7.      Satelit mata-mata adalah satelit pengamat Bumi atau satelit komunikasi yang digunakan untuk tujuan militer atau mata-mata.

8.      Satelit tenaga surya adalah satelit yang diusulkan dibuat di orbit Bumi tinggi yang menggunakan transmisi tenaga gelombang mikro untuk menyorotkan tenaga surya kepada antena sangat besar di Bumi yang dpaat digunakan untuk menggantikan sumber tenaga konvensional.

9.      Stasiun angkasa adalah struktur buatan manusia yang dirancang sebagai tempat tinggal manusia di luar angkasa. Stasiun luar angkasa dibedakan dengan pesawat angkasa lainnya oleh ketiadaan propulsi pesawat angkasa utama atau fasilitas pendaratan; Dan kendaraan lain digunakan sebagai transportasi dari dan ke stasiun. Stasiun angkasa dirancang untuk hidup jangka-menengah di orbit, untuk periode mingguan, bulanan, atau bahkan tahunan.

10.  Satelit cuaca adalah satelit yang diguanakan untuk mengamati cuaca dan iklim Bumi.

11.  Satelit miniatur adalah satelit yang ringan dan kecil. Klasifikasi baru dibuat untuk mengkategorikan satelit-satelit ini: satelit mini (500–200 kg), satelit mikro (di bawah 200 kg), satelit nano (di bawah 10 kg).

Kegunaan satelit :

1.      Penggunaan satelit mengelilingi kutub seperti Satelit NASA Nimbus7 yang membawa peralatan “Total Ozone Mapping Spectrometer” (TOMS) telah merevolusikan pemantauan ozon sejak 20 tahun yang lalu. Kedudukan yang baik di atas cakerawala dan keupayaan setiap satelit untuk perjalanan mendatar seluruh glob, menyediakan liputan yang lebih baik dari stesen daratan. Ini sangat tinggi nilainya bagi menentukan aliran global. Ketepatan sensor satelit menggunakan prinsip yang sama dengan spektrofotometer Dobson.

2.      Kemampuan satelit sangatlah membantu kehidupan kita sekarang ini. Kita dapat dengan mudah mendapatkan informasi dari seluruh belahan dunia hanya dalam waktu sekejap mata. Semua berita yang disampaikan melalui satelit disampaikan dalam waktu yang sama dengan sumber informasinya (real time). Berkomunikasi pun bukanlah hal yang sulit lagi dengan adanya satelit, hubungan dalam hitungan detik dari satu benua ke benuta lain pun dapat dilakukan sambil menutup mata.

3.      Selain industri televisyen, yang tidak kalah penting adalah kegunaan satelit yang dinamakan wireless system yang sekarang diterapkan dalam telefon selular. Kita semua pasti tahu dengan telefon selular kita dapat mudah berkomunikasi dengan orang lain dimanapun. Masih banyak lagi kegunaan dari satelit yang sebenarnya kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari. Hampir semuanya, apabila digunakan dengan baik dan benar, membantu kehidupan kita. Jarak yang semula adalah kendala dalam berkomunikasi serasa tidak berarti lagi dengan keberadaan satelit. Dengan satelit pun kita seperti dapat merangkul dunia dan berada di mana saja sesuai keinginan kita.

4.      Penglibatan Malaysia dalam sektor aeroangkasa bukan hanya berpandukan kepada kepentingan ekonomi semata-mata. Kepentingan strategik untuk pertahanan negara juga memainkan peranan kritikal untuk menentukan hala tuju sektor aeroangkasa negara. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan satelit tidak kira masa aman atau konflik adalah begitu berat sekali.

5.      Satelit merekod maklumat berkaitan dengan permukaan bumi dan atmosfera secara berterusan, dan menghantar sejumlah besar data (gigabait setiap hari) kepada pusat pengumpulan dan penyimpanan data.  Imej-imej dari satelit ini sangat berguna untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.  Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana menggunakan data-data yang sebenar, bukannya bergantung semata-mata kepada buku teks yang ketinggalan masa kerana terdapat antara kandungannya hanya relevan untuk suatu tempoh yang tertentu sahaja.  Adalah menjadi satu kerugian sekiranya pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini tidak dimanfaatkan secara sepenuhnya.

satellite

•September 18, 2008 • Tinggalkan Komen

Industri angkasa yang sebenar adalah industri yang melibatkan operasi pembinaan satelit, pembinaan kenderaan pelancar, pembinaan komponen pesawat angkasa dan perkhidmatan pelancaran satelit. Walau bagaimanapun, Malaysia bukanlah secara langsung tidak bergiat dalam industri angkasa. Ini dibuktikan melalui operasi perkhidmatan komunikasi menggunakan satelit yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta Malaysia. Malah Malaysia juga kini mempunyai dua buah satelit komunikasi iaitu MEASAT 1 dan MEASAT 2. Perkhidmatan komunikasi satelit ini merupakan sebahagian daripada komponen industri angkasa.

Kenyataan Law yang mencadangkan pembinaan tapak pelancaran satelit di Malaysia memang patut diberi perhatian oleh agensi kerajaan dan swasta yang berkenaan. Berdasarkan faktor-faktor kritikal, Malaysia memang sesuai dijadikan lokasi pelancaran satelit untuk rantau Asia dan Pasifik Barat. Jika diteliti, kebanyakan pusat pelancaran satelit ataupun pusat pelancaran satelit yang utama terletak berhampiran khatulistiwa. Contohnya adalah Pusat Angkasa Kennedy (Kennedy Space Center) di Florida dan Kosmodrom Baikonur (Baikonur Cosmodrome) di Kazakhstan. Kedua-dua pusat pelancaran satelit ini dibina berhampiran khatulistiwa.

Bumi sentiasa berputar dan putaran ini menghasilkan momentum iaitu suatu bentuk kuasa yang dihasilkan oleh jisim yang bergerak. Kuasa momentum putaran bumi ini mempunyai nilai maksimum di kawasan khatulistiwa kerana satah putaran bumi terletak di khatulistiwa. Oleh itu, kenderaan pelancar (launch vehicle) yang membawa satelit ke angkasa yang dilancarkan dari kawasan khatulistiwa memperoleh kuasa tambahan yang maksimum dari momentum putaran bumi. Kuasa tambahan dari momentum bumi ini amat penting kerana ia menyebabkan pelancaran satelit dari kawasan khatulistiwa menjadi lebih ekonomik. Faktor ekonomi ini meningkatkan lagi nilai komersial industri pelancaran satelit.

Bumi berputar ke arah timur. Oleh itu apabila kenderaan pelancar dilancarkan menegak, ia akhirnya akan condong ke sebelah timur tapak pelancaran. Oleh sebab itulah komponen-komponen kenderaan pelancar seperti enjin roket berperingkat dan tangki bahan api digugurkan di sebelah timur tapak pelancaran. Bagi memastikan komponen-komponen ini digugurkan dengan selamat, kenderaan pelancar biasanya dilancarkan menegak dari lokasi di sebelah timur benua, bagi membolehkan komponen-komponen berkenaan digugurkan di kawasan laut yang terletak di sebelah timur tapak pelancaran.

Sekiranya kenderaan pelancar dilancarkan condong ke arah barat maka ia kurang ekonomik kerana kenderaan pelancar ini terpaksa menentang arah putaran bumi. Walau bagaimanapun ada kalanya pelancaran seperti ini dilakukan bagi meletakkan satelit di orbit-orbit tertentu yang memerlukan pelancaran sedemikian rupa. Oleh sebab itulah memang ada juga tapak pelancaran satelit yang dibina di sebelah barat benua, menghadap kawasan laut di sebelah barat.

Asia Tenggara adalah satu-satunya kawasan geografi Asia dan Pasifik Barat yang terletak di khatulistiwa. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang paling sesuai beroperasi sebagai pusat pelancaran satelit serantau berdasarkan faktor geografi dan ekonomi.

Dari segi geografi, Malaysia terdiri daripada dua buah kawasan geografi utama iaitu Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Di antara dua kawasan geografi ini terletak kawasan laut yang cukup luas dan cukup selamat untuk pelancaran satelit iaitu Laut China Selatan. Kawasan laut inilah yang patut dijadikan kawasan bagi menggugurkan komponen kenderaan pelancar sama ada dilancarkan menegak dari Malaysia Barat atau condong ke barat dari Malaysia Timur.

Sehingga hari ini, perkhidmatan pelancaran satelit merupakan industri yang amat eksklusif yang dimiliki oleh beberapa buah negara sahaja. Oleh sebab itu, industri ini mempunyai nilai yang tinggi dan bersifat strategik. Tambahan pula sebuah kenderaan pelancar boleh melancarkan sehingga 5 buah satelit bergantung kepada jisim, saiz dan misi satelit yang dibawanya.

Malaysia mempunyai aktiviti ekonomi sedia ada yang boleh menyokong dan memperoleh manfaat daripada operasi tapak pelancaran satelit iaitu industri petroleum dan industri komunikasi satelit.

Malaysia juga mempunyai agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan perkhidmatan komunikasi satelit. Dengan adanya tapak pelancaran satelit agensi-agensi ini dapat menawarkan pakej perkhidmatan yang lebih lengkap termasuk perkhidmatan melancarkan satelit komunikasi pelanggan mereka. Operasi pelancaran satelit juga boleh dijadikan bahan tarikan pelancong. Sebagai contoh, Pusat Angkasa Kennedy di Florida yang beroperasi sebagai sebuah destinasi pelancongan yang utama di Amerika Syarikat seperti Disneyland dan Sea World. Tapak pelancaran satelit boleh beroperasi sebagai satu  destinasi pelancongan di Malaysia, kerana pelancong sememangnya tertarik untuk menyaksikan fenomena pelancaran kenderaan pelancar tersebut.

Operasi tapak pelancaran satelit juga dapat mengembangkan industri pendidikan dan insurans di Malaysia. Dengan adanya operasi tapak pelancaran satelit, institut pendidikan tinggi dapat menawarkan kursus-kursus kajian angkasa seperti teknologi satelit, kenderaan pelancar dan roket. Agensi insurans di Malaysia pula boleh menawarkan pakej insurans satelit dan kenderaan pelancar yang bernilai tinggi.

Komponen utama di sesebuah tapak pelancaran satelit adalah menara dan pelantar pelancaran, menara penyelenggaraan, sistem penyimpanan dan penyaliran bahan api cecair, pusat kawalan dan pusat simpanan satelit dan kenderaan pelancar. Sebahagian daripada komponen ini boleh dibina dengan kepakaran dan teknologi tempatan sementara sebahagian lagi lebih sesuai diimport dari negara-negara maju.

 

KONSEP MODENISASI

•Ogos 11, 2008 • Tinggalkan Komen

Definisi

 

~1 proses  transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai 1 kesan drp. Bermulanya perindustrian .

~modenisasi juga diterima sbg keadaan dimn masy. Tra mangantikan @ memodenkan sikap, hubungan dan nilai2 lama kpd baru

~gaya hidup tradisis jg telah berubah kepada cara hidup moden seiring dengan pertumbuhan sektor2 spt perindustrian, perkhidmatan & pendidikan yg mengalami proses modenisasi scra beransur-ansur dgn adanya pertemuan gejala barat. Scr tdk lgsg memodenisasikan masy. Yg berada di sekitarnya.

~dalam teori modenisasi ini jg negara barat mengandaikan bahawa masy D3 perlu dibantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu dengan andaian model pembangunan ekonomi barat sesuai diterapkan di mana-mana, mereka menganggap bahawa masy D3 sgt memerlukan teknologi moden yg dibawa oleh mereka.

~ dengan itu, mereka telah menggesa masy untuk menerima teknologi mereka.

~selain itu, masy barat juga menanggap bhw dgn mmperkenalkan budaya & teknologi barat, masy D3 akan berubah dari segi :

          kemiskinan & kemunduran hidup mereka.( kurang kadar kemiskinan & kemunduran)

          Sikap mereka kpd (tdk boleh terima tek kpd boleh menerima teknologi)

          Lemah teknologi (kpd peningkatan teknologi)

          Rendah kemudahan asas (kpd pertambahan kemudahan asas utk masy.)

 

~oleh itu, secara beransur-ansur negara D3 berubah kearah modenisasi yg mana mereka telah menerima teknologi yg dibawa dr barat secara beransur-ansur untuk meningkatkan taraf hidup mereka dr segi ekonomi & sosial mereka.

 

 

Kesan modenisasi

 

Perubahan dari kehidupan tra kpd moden mewujudkan kesan yg ketara kepada negara D3. Antaranya:

          pergantungan D3 kpd teknologi barat.

          (mewujudkan teori kebergantungan yg mana ia berkait rapat dgn “noekolonialisme”dimana sesebuah negara miskin bekas jajahan akan bergantung kpd negara kaya di dalam membangunkan ekonomi mereka. Aliran perdagangan mereka akan melibatkan pelaburan asing, bantuan asing &jg  hutang asing )

          beban hutang yg tinggi dgn negara barat

          ( US menguasai D3 (miskin) ialah dgn adanya institusi Bank Dunia( IMF) yg ditubuhkan pd 1945. US sbg penyumbang modal terbesar di dalam ke2,2 institusi itu berserta negara2  kapitalis ( kaya ) berkenaan untuk menekan & menindas negara miskin yg mgkin dapat menyaingi mereka kelak dr segi ekonomi.

          ( Pemberian pinjaman dr IMF  kpd negara yg sgt memerlukan

Cthnya:

          (Indonesia)

          akibat kegawatan ekonomi Indonesia negara besar dikatakan telah menindas negara tersebut dari segi pengenaan pelbagai syarat ketat yg merigikan Indonesia sendiri, antara syaratnya ialah penyusunana semula dalam bidang ekonomi, politik, negara peminjam, pembukaan pasaran, penarikan balik subsidi keatas barangan utama & sbgnya. Semua syarat tersebut akan menguntungkan negara kapitalis yg telah sedia kaya.

          Negara D3 yg meminjam drp. Bank Dunia( IMF) akan berada dibawah telunjuk & pengaruh negara kapitalis tersebut. Pengalaman di beberapa negara ( spt Mexico& Filipina ) menunjukkan pinjaman dr IMF boleh mengakibatkan mereka terletak dibawah telunjuk US melalui badan itu.

-masalah sosial makin meningkat

(kemasukan teknologi dan budaya moden-beri pengaruh pada masy. Dunia ke3)

-jurang yang kaya dan miskin makin ketara

(kaya makin kaya, miskin makin miskin)

PERSOALAN YANG TIMBUL (PERMULAAN)

•Ogos 10, 2008 • Tinggalkan Komen

  1. kenapa perlunya teknologi dalam dunia ke-3

Pihak kerajaan yang menguruskan negara dunia ketiga dan sekaligus turut memonopolinya serta akan mengusai teknologi baru dalam negara ini.Teknologi-teknologi yang terdapat kini memainkan peranan yang agak penting dalam negara dan segala perlaksanaannya serta penggunaannya kesemuanya ditentukan serta dikawal oleh kerajaan dunia ketiga itu.

  1. kebergantungan dunia ketiga terhadap dunia pertama dan kedua.

Kita haruslah mengetahui terlebih dahulu makna pembangunan negara itu sendiri agar kita dapat mengaitkannya sejauhmana negara dunia ketiga ini terlalu bergantung kepada dunia pertama dan kedua tidak kiralah dari segi teknologi,kewangan dan sebagainya.

Selepas perang dunia II,istilah “pembangunan” ini digunakan oleh institusi-institusi Bretonwoods iaitu ciptaan barat seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) bagi membezakan negara maju dan juga negara membangun. Negara maju serta negara membangun dalam ukuran dan nilai barat terbahagi kepada 3 prinsip iaitu pertama negara itu mengamalkan system ekonomi kapitalisme dan juga ekonomi pasaran bebas(free market economy) serta ianya mampu mencipta kekayaan serta dapat menghasilkan produk-produk perindustrian teknologi.

Kedua,negara tersebut haruslah mengamalkan sistem politik yang berpegang kepada teknologi “demokrasi liberal” yang mana memberi hak kepada serta kebebasan mutlak kepada masyarakatnya dalam memilih kerajaan yang memerintah ataupun kebebesan untuk bersuara bagi menunjukkan masyarakat tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan manakala prinsip ketiga pula adalah negara tersebut haruslah menghormati hak serta kebebasan masyarakat terutamanya sekali dari segi hak mahupun moral.

Berdasarkan nilai-nilai ini yang sebenarnya negara barat memfokuskan kepada bangsa mereka,mereka telah menbahagikan negara serta penduduk dunia ini kepada 3 bahagian iaitu Dunia Pertama (first world nation) yang mana ianya terdiri daripada negara maju serta mencapai taraf kemajuan berdasarkan nilai mahupun criteria dan rata-rata adalah negara barat serta negara bekas jajahan kuasa barat itu sendiri.jadi disini,dapatlah kita menilai sendiri kemunculan segala teknologi yang telah diasaskan sendiri oleh negara dunia pertama dan sekaligus memberikan impak kepada dunia lain.

Negara Dunia Kedua ataupun dikenali sebagai “second world Nation” yang mana ianya terdiri daripada negara sosialis dan komunis di eropah timur yang mana dinyatakan tidak mengamalkan ketiga-tiga prinsip berkenaan sepertimana yang tertera di atas ini manakala Dunia Ketiga yang mana merujuk kepada hampir kesemuanya negara terdiri daripada bekas tanah jajahan kuasa barat serta ianya dikenali sebagai dunia baru yang tidak begitu maju (underveloped nation),ataupun istilah lain yang lebih sedap didengar adalah negara yang sedang membangun (developing nation).

Kita telahpun jelas mengenai nilai-nilai serta perbezaan mahupun ciri-ciri yang masing-masing terdapat dalam negara dunia pertama,kedua dan ketiga dan tuurt mengetahui bahawa segala teknologi tersebut telah terhasil sewaktu pada zaman dunia pertama. Disini,jika negara negara Dunia ketiga ingin mendapatkan bantuan daripada ekonomi barat iaitu merujuk kepada dunia pertama dan kedua misalnya melalui Bank Dunia atau International Monetary Fund,negara tersebut haruslah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oeleh negara pemberi berdasarkan ideologi dan nilai mereka.Menurut nilai barat juga,negara yang tidak mengamalkan sistem ekonomi bebas dan sistem demokrasi liberal serta negra tersebut tidak menghormati asasi manusia,negara tersebut tidak akan dibekalkan bantuan dan ini bermakna peluang dunia ketiga untuk mendapatkan bantuan daripada negara pertama dan kedua adalah tipis.

Dari segi kebergantungan yang pernah wujud di sini adalah bermula sewaktu negara dunia pertama iaitu Amerika Syarikat melihat teknologi komunikasi yang dimiliki mereka berpotensi dalam memperluaskan lagi empayar perdagangan antarabangsa yang seimbang dan seterusnya dapat memperbanyakkan peluang pekerjaan di negara dunia ketiga.

Oleh sebab demikian,negara dunia pertama iaitu AS disifatkan ingin menjadi pemimpin dunia dalam memberi bantuan serta galakan ke atas negara yang kurang membangun mahupun maju bagi memperluaskan lagi kegunaan teknologi yang sedia ada serta turut cuba memperbaiki segala rangkaian teknologi komunikasi massa.

  1. kesan kebergantungan

walaupun negara dunia ketiga tidak boleh dinafikan bergantung serta mendapat bantuan terutamanya sekali dari segi teknologi kepada pihak luar,namun masih ada lagi terdapat beberapa negara yang belum boleh mengubah gelaran dunia ketiga yang dikenali sebagai dunia membangun kepada dunia yang maju.Akan tetapi,ada juga negara dunia ketiga yang berusaha melakukan perubahan untuk membangunkan negara mereka sendiri dengan mengejar dasar kerajaan serta memupuk industri computer mikro yang dihasilkan dalam negara mereka sendiri.

Selain itu, walaupun negara dunia ketiga begitu memerlukan teknologi daripada negara pertama,namun tidak kesemuanya kesan yang diterima adalah berbentuk positif dan perkara ini bergantung kepada cara dunia ketiga mengolah serta menggunakan teknologi tersebut serta menyesuaikannya dengan persekitaran yang ada dan contoh yang paling dekat sekali adalah penggunaan internet.Teknologi ini dicipta khas untuk memudahkan setiap urusan dapat berjalan dengan lancer dari segi pencarian maklumat mahupun informasi terkini dan sebagainya.Tetapi ada juga individu yang menggunakan teknologi ini sebagai medium untuk mengakses maklumat yang tidak sepatutnya dan dalam erti kata lain menyalahgunakannya.

DUNIA KETIGA

•Ogos 5, 2008 • Tinggalkan Komen

Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah negara dunia ketiga.

Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing.

Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negara-negara dunia ketiga.

Akibat daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara dunia ketiga ini telah mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan negara barat yang menjajah itu dikenali sebagai negara kaya.

TEKNOLOGI KOMUNIKASI, PERKEMBANGAN DAN PENGARUH TERHADAP REVOLUSI MASYARAKAT

•Ogos 1, 2008 • Tinggalkan Komen

Anthony Giddens pernah menyatakan bahawa perkaitan atau hubungan antara modenisasi dan teknologi sememangnya mempunyai ikatan perkatan yang sangat rapat dan kedua- dua mekanisme ini sememangnya mempunyai kebergantungan diantara satu sama lain (Giddens 2001).

Membuka ruang mengenai sejarah awal dari perkembangan teknologi yang mungkin boleh dikategorikan di sini ianya bermula apabila masyarakat mula melaksanakan transformasi dari masyarakat pertanian kepada masyarakat industri (Max Waber,1922) atau dikenali sebagai revolusi perindustrian. Apabila berlakunya revolusi dalam masyarakat dari aspek perindustrian, pola perkembangan modenisasi manusia berkembang terutama dalam aspek ekonomi baru. Tetapi di sini juga timbul persoalan adakah apabila timbulnya revolusi industri, hanya aspek ekonomi baru menjadi sandaran utama terhadap perkembangan ini?

Apabila meninjau kembali terhadap sandaran utama terhadap perkembangan teknologi, hakikat yang sebenarnya, teknologi dan komunikasi baru yang mempunyai perkaitan dan sandaran yang ampuh untuk melancarkan aspek pembangunan ekonomi baru dalam masyarakat itu sendiri dari sudut perubahan dalam sistem pola masyarakat tu sendiri.

Model Dan Teori Teknologi Komunikasi

Dalam memperkatakan tentang teknologi komunikasi, manusia sering dilemparkan dengan konsep perubahan organisasi kerana perkembangan komunikasi baru turut merubah corak operasi sesuatu organisasi (sama ada secara makro atau mikro dalam masyarakat). Berhubung dengan itu, penjelasan mengenai peubahan dan apakah model serta teori baru dalam teknologi komunikasi perlu dibincangkan.

Mengenai konteks perubahan kita perlu tahu beberapa sutuasi atau keadaan yang dapat menggambarkan perubahan telah berlaku. Pertama, tahu di mana letaknya kuasa yang dapat menolak dan menggerak perubahan iaitu siapakah golongan atau mekanisme yang menjadi kuasa autoriti dalam melaksanakan sesuatu perubahan

. Kedua, dalam mencapai sesuatu hala tuju atau tujuan dalam melaksanakan perubahan, perlaksanaan mengimbas kembali, mengingati dan menggulangi proses perubahan dari masa kesemasa adalah sangat diperlukan. Ketiga, memerlukan proses pemudahan bertindak dan perubahan daripada luar organisasi. Keeempat, keadaan perubahan ianya bergantung dari aspek dalaman manusia iaitu dari sudut psikologi dengan mengikut tindak balas naluri hati dan perasaan manusia itu sendiri untuk melaksanakan perubahan.

Kelima, perubahan permulaan iaitu mekanisme induk dalam satu bahagian memberikan kesan alunan (ripple effect) kepada unit- unit lain dalam organisasi atau lebih mudah perubahan terhadap satu sistem yang berautoriti akan memberi kesan terhadap unit- unit yang berkaitan dengannya.

Ironinya, setiap organisasi akan menimbangkan perubahan supaya lebih efisyen dan berkesan daripada yang pernah di alami dalam sejarahnya sebelum ini dengan mengambil kira beberapa faktor yang boleh mempengaruhi. Pertama, untuk mengurangkan kos operasi organisasi, disamping mementingkan survival dan dinamisme, mekanisme dalam organisasi perlu melakukan gerak kerja yang efiksyen, meletakkan faktor kualiti sebagai perkara utama dan melaksanakan sistem pengurusan dengan fleksibel dan inovatif.

Kedua, bagi sesuatu organisasi yang mempunyai badan atau jabatan yang menguruskan perihal program latihan, pembangunan dan pengurusan perlu melakukan transformasi yang berterusan dari sudut amalan organisasi mahupun dalam pemikiran pengurusan yang dirasakan bersesuaian dengan situasi perubahan tersebut. Ketiga dalam aspek peneraju dalam sesebuah organisasi atau dikenali sebagai ketua organisasi seharusnya mempunyai hala tuju yang terancangan secara strategik supaya lebih maju kehadapan dalam melaksanakan perubahan. Keempat, sebagai seorang peneraju dalam sistem perubahan juga perlu ada penumpuan terhadap penyesuaian organisasi terhadap faktor- faktor yang tidak dapat diramal pada masa hadapan dengan memberi kepentingan terhadap isu perubahan persekitaran dari masa kesemasa.

Apabila memberikan penghujahan terhadap teknologi komunikasi baru, isu yang berkaitan dengan implikasi atau kesan terhadap perubahan juga sering diberikan perhatian. Ini kerana secara rasionalnya, setiap perubahan sering memberikan implikasi yang positif mahupun disebaliknya. Untuk membentangkan tentang implikasi teknologi komunikasi, kita cuba melihat dari bidang atau sektor pekerjaan. Pertama, implikasi yang begitu ketara sekali ialah berkaitan dengan penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan. Kedua, Hasil daripada penggunaan teknologi baru juga sememangnya mampu menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian. Ketiga, dalam menyusun pembentukan kognitif pekerja, teknologi baru sememangnya mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya. Keempat, kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

Dalam teori yang Keterhampiran Elektronik (Korzenny 1978;1981) telah memberi gambaran terhadap keterhampiran media elektronik termasuklah media teknologi baru dan komunikasi baru seperti komputer dengan hubungan seseorang dari segi fizikal, masa dan jarak. Ia menerangkan bagaimana manusia dapat berkomunikasi tanpa ada halangan atau batasan untuk berkomunikasi dengan mengguna pakai simbol- simbol yang terpapar pada alat teknologi ini untuk berurusan dengan mudah. Begitu juga dengan jarak, seperti penggunaan telefon bimbit pada hari ini, manusia mampu untuk berkomunikasi walaupun dalam keadaan jarak yang jauh. Keadaan kecanggihan teknologi juga tidak mengatasi fizikal untuk berhubung.

Justifikasi, dari membicarakan soal teknologi komunikasi dan hubungannya dengan sistem masyarakat selepas industri begitu terikat diantara satu sama lain