TAFSIRAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Saban waktu, manusia sering membicarakan tentang isu yang berkaitan dengan teknologi komunikasi dan ianya sudah tentu mempunyai kepentingan yang sangat tinggi terhadap warga manusiasedunia. Dalam konteks membicarakan tentang teknologi komunikasi, kewajaran untuk mentafsirkan atau memberikan pendefinisian terhadap teknologi dan komunikasi adalah sangat penting bagi memberikan penjelasan dari peringkat asas pemahaman ilmu ini.

Pentafsiran teknologi boleh dijelaskan dengan menurut beberapa kamus yang boleh diambil kira dalam konteks yang akan dibincangkan di dalam isu yang akan dibawakan. Pertama, Merriam Webster Dictionary (online), teknologi boleh ditafsirkan sebagai pengaplikasian ilmu pengatahuan dalam sesuatu lapangan ilmu. Menurut The American Heritage Dictionary Of The English Language: Fourth editon. 2000, teknologi ialah Pengaplikasian ilmu sains terutama di dalam lapangan industri. Seterusnya, WordNet Dictionary (online), teknologi ialah disiplin yang menghubungkan antara ilmu kesenian atau sains sainstifik dalam penyelesaian sesuatu permasalahan.

Menurut Mc Luhan, kegiatan manusia yang dilakukan untuk memenuhi kepentingan, menyelesaikan permasalahan atau mengatasi sesuatu dalam perjalanan atau proses kehidupan yang dijalankan ( Mc Luhan, 1996; Nasbitt, 2001). Teknologi dari sudut pentafsiran secara dasarnya, memberikan tawaran nilai dengan memberikan kemudahan dalam proses kehidupan terutama dalam konteks melancarkan sistem pekerjaan ( tida kira ianya secara khusus atau umum).

Dalam konteks membincangkan tentang pendifinisian komunikasi, terdapat banyak takrifan yang diberikan menurut aspek- aspek tertentu yang boleh dinyatakan di sini. Antaranya, dalam konteks pentafsiran melalui komunikasi pembujukkan Carl Hovland (1953) mentafsirkan komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan (lazimnya secara lisan) dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Charles Osgood (1954) pula, menyatakan bahawa komunikasi berlaku apabila satu sistem atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain atau sasarannya, dengan memanipulasikan beberapa simbol alternatif.

~ oleh voice18 di Ogos 1, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: