DUNIA KETIGA

Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah negara dunia ketiga.

Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing.

Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negara-negara dunia ketiga.

Akibat daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara dunia ketiga ini telah mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan negara barat yang menjajah itu dikenali sebagai negara kaya.

~ oleh voice18 di Ogos 5, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: