PERSOALAN YANG TIMBUL (PERMULAAN)

  1. kenapa perlunya teknologi dalam dunia ke-3

Pihak kerajaan yang menguruskan negara dunia ketiga dan sekaligus turut memonopolinya serta akan mengusai teknologi baru dalam negara ini.Teknologi-teknologi yang terdapat kini memainkan peranan yang agak penting dalam negara dan segala perlaksanaannya serta penggunaannya kesemuanya ditentukan serta dikawal oleh kerajaan dunia ketiga itu.

  1. kebergantungan dunia ketiga terhadap dunia pertama dan kedua.

Kita haruslah mengetahui terlebih dahulu makna pembangunan negara itu sendiri agar kita dapat mengaitkannya sejauhmana negara dunia ketiga ini terlalu bergantung kepada dunia pertama dan kedua tidak kiralah dari segi teknologi,kewangan dan sebagainya.

Selepas perang dunia II,istilah “pembangunan” ini digunakan oleh institusi-institusi Bretonwoods iaitu ciptaan barat seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) bagi membezakan negara maju dan juga negara membangun. Negara maju serta negara membangun dalam ukuran dan nilai barat terbahagi kepada 3 prinsip iaitu pertama negara itu mengamalkan system ekonomi kapitalisme dan juga ekonomi pasaran bebas(free market economy) serta ianya mampu mencipta kekayaan serta dapat menghasilkan produk-produk perindustrian teknologi.

Kedua,negara tersebut haruslah mengamalkan sistem politik yang berpegang kepada teknologi “demokrasi liberal” yang mana memberi hak kepada serta kebebasan mutlak kepada masyarakatnya dalam memilih kerajaan yang memerintah ataupun kebebesan untuk bersuara bagi menunjukkan masyarakat tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan manakala prinsip ketiga pula adalah negara tersebut haruslah menghormati hak serta kebebasan masyarakat terutamanya sekali dari segi hak mahupun moral.

Berdasarkan nilai-nilai ini yang sebenarnya negara barat memfokuskan kepada bangsa mereka,mereka telah menbahagikan negara serta penduduk dunia ini kepada 3 bahagian iaitu Dunia Pertama (first world nation) yang mana ianya terdiri daripada negara maju serta mencapai taraf kemajuan berdasarkan nilai mahupun criteria dan rata-rata adalah negara barat serta negara bekas jajahan kuasa barat itu sendiri.jadi disini,dapatlah kita menilai sendiri kemunculan segala teknologi yang telah diasaskan sendiri oleh negara dunia pertama dan sekaligus memberikan impak kepada dunia lain.

Negara Dunia Kedua ataupun dikenali sebagai “second world Nation” yang mana ianya terdiri daripada negara sosialis dan komunis di eropah timur yang mana dinyatakan tidak mengamalkan ketiga-tiga prinsip berkenaan sepertimana yang tertera di atas ini manakala Dunia Ketiga yang mana merujuk kepada hampir kesemuanya negara terdiri daripada bekas tanah jajahan kuasa barat serta ianya dikenali sebagai dunia baru yang tidak begitu maju (underveloped nation),ataupun istilah lain yang lebih sedap didengar adalah negara yang sedang membangun (developing nation).

Kita telahpun jelas mengenai nilai-nilai serta perbezaan mahupun ciri-ciri yang masing-masing terdapat dalam negara dunia pertama,kedua dan ketiga dan tuurt mengetahui bahawa segala teknologi tersebut telah terhasil sewaktu pada zaman dunia pertama. Disini,jika negara negara Dunia ketiga ingin mendapatkan bantuan daripada ekonomi barat iaitu merujuk kepada dunia pertama dan kedua misalnya melalui Bank Dunia atau International Monetary Fund,negara tersebut haruslah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oeleh negara pemberi berdasarkan ideologi dan nilai mereka.Menurut nilai barat juga,negara yang tidak mengamalkan sistem ekonomi bebas dan sistem demokrasi liberal serta negra tersebut tidak menghormati asasi manusia,negara tersebut tidak akan dibekalkan bantuan dan ini bermakna peluang dunia ketiga untuk mendapatkan bantuan daripada negara pertama dan kedua adalah tipis.

Dari segi kebergantungan yang pernah wujud di sini adalah bermula sewaktu negara dunia pertama iaitu Amerika Syarikat melihat teknologi komunikasi yang dimiliki mereka berpotensi dalam memperluaskan lagi empayar perdagangan antarabangsa yang seimbang dan seterusnya dapat memperbanyakkan peluang pekerjaan di negara dunia ketiga.

Oleh sebab demikian,negara dunia pertama iaitu AS disifatkan ingin menjadi pemimpin dunia dalam memberi bantuan serta galakan ke atas negara yang kurang membangun mahupun maju bagi memperluaskan lagi kegunaan teknologi yang sedia ada serta turut cuba memperbaiki segala rangkaian teknologi komunikasi massa.

  1. kesan kebergantungan

walaupun negara dunia ketiga tidak boleh dinafikan bergantung serta mendapat bantuan terutamanya sekali dari segi teknologi kepada pihak luar,namun masih ada lagi terdapat beberapa negara yang belum boleh mengubah gelaran dunia ketiga yang dikenali sebagai dunia membangun kepada dunia yang maju.Akan tetapi,ada juga negara dunia ketiga yang berusaha melakukan perubahan untuk membangunkan negara mereka sendiri dengan mengejar dasar kerajaan serta memupuk industri computer mikro yang dihasilkan dalam negara mereka sendiri.

Selain itu, walaupun negara dunia ketiga begitu memerlukan teknologi daripada negara pertama,namun tidak kesemuanya kesan yang diterima adalah berbentuk positif dan perkara ini bergantung kepada cara dunia ketiga mengolah serta menggunakan teknologi tersebut serta menyesuaikannya dengan persekitaran yang ada dan contoh yang paling dekat sekali adalah penggunaan internet.Teknologi ini dicipta khas untuk memudahkan setiap urusan dapat berjalan dengan lancer dari segi pencarian maklumat mahupun informasi terkini dan sebagainya.Tetapi ada juga individu yang menggunakan teknologi ini sebagai medium untuk mengakses maklumat yang tidak sepatutnya dan dalam erti kata lain menyalahgunakannya.

~ oleh voice18 di Ogos 10, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: