Dasar Pandang Ke India

Apabila disebut mengenai dunia ketiga apakah yang terbayang di kotak fikiran manusia. Adakah negara yang miskin, mundur, sedang menbangun ataupun sebaliknya. Walaubagaimanapun adakah kita sedar atau tahu bahawa negara Dunia ketiga juga banyak melahirkan pakar dalam pelbagai bidang. Contohnya, di India terdapat beberapa orang yang termashyur dengan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing. Antara inovasi yang lahir di negara India adalah seperti ” Prithvi”, ” Sagarika”, ” Dhanish”, “Agri”, Surya”, dan terbarunya ialah “Brahmos II”. Ia adalah gabungan dengan tenaga pakar dari Rusia. Kesemua nama-nama tersebut adalah peluru berpandu yang telah dicipta oleh anak watan India yang kini semakin ” memeluhkan” negara-negara dunia kuasa yang lain khasnya negara Amerika Syarikat yang terkenal dengan setiap inovasi hasil daripada kepakaran masyarakatnya yang maju dalam mengemblengkan idea dan tenaga.

            India kini sudah jauh mengorak langkah ke hadapan dalam pembangunan teknologi maklumat khususnya. Disini terdapat contoh yang dapat membuktikan bahawa India kini sudah maju iaitu seorang budak perempuan berumur 8 tahun yang bernama Sreelakshmi Suresh yang telah dianugerahkan “International Awards of Best Web Designing and presentation”. Kanak-kanak pintar ini telah ditabalkan sebagai “pereka laman web termuda” di dunia dan telah mengondol 18 anugerah lain yang diiktiraf di serata dunia melalui hasil rekaannya.

Selain itu, India kini semakin disegani kerana berjaya mencetus kontroversi dalam persaingan merebut tempat dalam membida projek-projek perisian, laman web syarikat, rekagrafik dan pelbagai “kerja maya”.Perkara ini dianggap sebagai salah satu kontroversi kerana persaingan itu boleh dikatakan sangat sukar bagi negara lain untuk mencabar India dan telah ia telah menutup “periuk nasi” sebahagian besar pencabar di barat dan negara lain. Hal in juga disebabkan India menawarkan harga projek yang rendah sedangkan hasil dari segi kualiti kerjanya sangat mengagumkan serta menakjubkan. 

            Disebalik kejayaan India yang semakin dijulang di mata dunia, terdapat beberapa strategi yang telah mejadi pendorong kejayaan negara India iaitu:

  • Strategi 1

Terdapat pendedahan awal yang telah diberikan kepada rakyat India telah berjaya diserap dalam kalangan kanak-kanak seawal 6 dan 7 tahun. Anak-anak sekecil itu, telah diberi pembelajaran tentang asas-asas perkomputeran dengan bahasa inggeris.

  • Strategi 2

Mereka mempunyai satu teknik kerja berpasukan yang unik. Ini didorong faktor kehidupan yang telah memaksa mereka saling bersaing antara satu sama lain dalam bidang teknologi. Pelajar-pelajar IT yang cemerlang akan “dipinang” oleh syarikat luar negara dan tidak ramai yang mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka. Oleh kerana kadar pengganguran di India sangat tinggi, ia telah memaksa mereka untuk berdikari. Graduan ini akan dihimpunkan dan akan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu. Setiap kumpulan dikumpulkan dalam kumpulan yang berbeza mengikut kekuatan dan kepakaran mereka. Mereka akan menghasilkan kerja dengan kadar bayaran serendah USD3. Namun, ia tidak menjadi rungutan kerana apa yang penting adalah untuk membawa nama syarikat yang ditubuhkan oleh mereka bersama-sama untuk dipromosikan.

  • Startegi 3

Eksploitasi matawang Amerika dan India yang sangat lumayan.Apa yang dapat dilihat disini, keuntungan bukanlah fokus utama bagi mereka tetapi cukup sekadar sesuap nasi ahli keluarga dan dapat membangunkan syarikat usahasama.

Hasil daripada perbincangan ini terdapat beberapa moral yang boleh dipraktikkan dinegara kita sendiri sebagai salah sebuah negara dunia ketiga iaitu:

  • Kerja berpasukan ibarat kumpulan tentera di medan perang.
  • Putarkan masalah kepada “wang”.
  • Jangan toleh kepada kesusahan atau kepayahan di belakang tetapi kita perlulah pandang kedepan pada peluang dan harapan.

Disediakan oleh:

Roazlinda & Siti Nurul Hajar

~ oleh voice18 di September 14, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: